Archive for January, 2007

Kuasa di tangan aku…

Monday, January 8th, 2007

The_best_2

Salam.

Bertemu kembali dalam entri kali ini. Cuba kalian semua baca tajuk
diatas. Tentu bunyinya seakan-akan aku telah melakukan sesuatu yg
membuatkan aku puas kan? Kalau anda semua berfikir begitu, jawapannya
memang tepat sekali.

Jadi pada ruangan kali ini aku nak menceritakan tentang minat aku
terhadap suatu perkara yg menyebabkan aku berkuasa. Ya tuan puan, aku
sekarang memang berkuasa untuk menukarkan mereka-mereka yg aku suka ke
dalam bentuk yg pelbagai rupa.

Aku bukanlah ahli silap mata, jauh sekali David Blaine yg memang
setan kerana boleh terbang-terbang. Tetapi kebolehanku ialah mengubah
mereka-mereka yg aku suka dengan menggunakan perisian Adobe
Photoshop..Atau dalam kata-kata yg manis, superimpose.

Kebolehan ini bukanlah aku belajar secara formal, tetapi adalah
secara suka-suka sahaja semasa zaman aku belajar di UiTM dahulu. Kini,
skill2 ini aku aplikasikan waktu aku menghadapi tekanan kerana dengan
cara meng’superimpose’ muka sahabat-sahabatku akan membuatkan aku
ketawa dan seterusnya menghilangkan stress di kepala. memang seronok!

Kalau dahulu, skill ini aku pelajari bersama rakan-rakan. Tetapi
kini hanya tinggal kenangan. Dahulu, aku dan rakan-rakan berperang
superimpose yg mana aku dan rakan-rakan meng’superimpose’ wajah-wajah
rakan yg lain untuk mendapat keseronokkan. Bayangkanlah wajah Helle
Berry dalam cerita James Bond ditukar wajah kepada muka seorang rakan
yg berkulit gelap. Sungguh kelakar. Jadi tradisi ini aku teruskan di
pejabat. Semoga kalian semua tidak marah akan perlakuan sumbangku ini.

Jadi, di sini aku letakkan beberapa gambar atau karya yg telah aku buat. Silalah melawati laman ini:

http://amien7.blogs.friendster.com/photos/weirdo_gallery/index.html

Sekian, berjumpa lagi!