Suara dari bawah…

Sering kali kita disogokkan dengan cerita-cerita tentang golongan
atasan yang sering kali mendabik dada dengan kejayaan yang ditempa.
Kadang kala hingga terlupa akan kelas bawahan yang mendukung dan
melaksanakan perkara-perkara yang membawa kepada kejayaan mereka.
Sektor pekerjaan tidak terlepas dengan persoalan yang hampir serupa.
Malah kadang-kala lebih buruk lagi.

Golongan bawahan sering dijadikan mangsa untuk memenuhi segala
tuntutan kerja yang dikehendaki tanpa mengira langsung soal kemanusiaan
seperti aspek kebajikan para pekerja. Yang penting mereka berjaya
mencapai matlamat mereka. Pengaruh “kuku besi” ini adalah antara
penyebab golongan atasan dibenci dan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi
mereka yang berada di bawah. Persoalannya, adakah golongan atasan
pernah memandang ke bawah untuk melihat nasib insan-insan yang
‘ditindas’ oleh kehendak mereka?

Sukar untuk menjawab persoalan tersebut. Dalam dunia kebendaan
sekarang ini, segala-galanya hendak hebat dan sempurna dari segala
aspek. Kelayakan akademik personaliti, kepantasan dan kecekapan,
kuantiti + kualiti dan bermacam-macam lagi. Itulah kehendak golongan
atasan yang kadang kala tidak setimpal dengan skop kerja dan kebajikan
yang diterima oleh golongan bawahan. Hidup ini bulat umpama roda,
sekejap di atas, sekejap di bawah..Berkirkanlah wahai umat manusia..

Leave a Reply