Archive for October, 2006

Nostalgia bulan Ramadhan…

Thursday, October 5th, 2006

Salam.

Bertemu kembali. dah lama aku tak menaip menceritakan pasal diri aku
dalam blog ni. asyik copy artikel-artikel tanpa meluahkan sebarang
perasaan pun tak berapa best jadinya. semalam - 3/10/06, aku balik keje
ngan begitu pantas mengalahkan pelari seratus meter semata-mata
berkejar ke UiTM Puncak Perdana untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan
seperjuanganku masa aku study dulu. kira macam reunion la.

al kisahnya, bila dah ramai-ramai dok bercerita tentang diri
masing-masing, tetiba aku feel la plak. teringat zaman susah aku
menyambut bulan ramadhan semasa belajar dulu especially masa aku
belajar kat UiTM Machang, Kelantan dulu. Memang sedih siot. dah la jauh
dari family pastu takde sedara mara plak. bila time bukak puasa, rasa
cam nak menangis je terkenangkan mak ayah..sedih siot..

satu cerita yang sering bermain di fikiran aku time bulan ramadhan
ni ialah saat getir aku berpuasa dalam panas terik sambil menunggang
motorsikal selama 8 jam untuk pulang ke kampung aku kat Kuantan. memang
sukar nak gambarkan betapa letih dan dahaganya aku berjuang untuk
berpuasa dalam kepanasan. yang lawaknya, member konvoi aku yang lain
awal2 lagi dah pack makanan dalam beg. bila sampai kat terengganu,
diaorang ajak aku singgah kat tepi pantai makan biskut n minum
air..bila aku tanya, sumer jawab: MUSAFIR…mangkuk betul! hari tu aku
sorang je yang puasa..

tapi tu cerita lama. semakin dewasa, aku semakin mengerti tentang
kehidupan. susah senang yang dialami memang menjadi asam garam
kehidupan. ramadhan: seribu satu kenangan…

Suara dari bawah…

Tuesday, October 3rd, 2006

Sering kali kita disogokkan dengan cerita-cerita tentang golongan
atasan yang sering kali mendabik dada dengan kejayaan yang ditempa.
Kadang kala hingga terlupa akan kelas bawahan yang mendukung dan
melaksanakan perkara-perkara yang membawa kepada kejayaan mereka.
Sektor pekerjaan tidak terlepas dengan persoalan yang hampir serupa.
Malah kadang-kala lebih buruk lagi.

Golongan bawahan sering dijadikan mangsa untuk memenuhi segala
tuntutan kerja yang dikehendaki tanpa mengira langsung soal kemanusiaan
seperti aspek kebajikan para pekerja. Yang penting mereka berjaya
mencapai matlamat mereka. Pengaruh “kuku besi” ini adalah antara
penyebab golongan atasan dibenci dan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi
mereka yang berada di bawah. Persoalannya, adakah golongan atasan
pernah memandang ke bawah untuk melihat nasib insan-insan yang
‘ditindas’ oleh kehendak mereka?

Sukar untuk menjawab persoalan tersebut. Dalam dunia kebendaan
sekarang ini, segala-galanya hendak hebat dan sempurna dari segala
aspek. Kelayakan akademik personaliti, kepantasan dan kecekapan,
kuantiti + kualiti dan bermacam-macam lagi. Itulah kehendak golongan
atasan yang kadang kala tidak setimpal dengan skop kerja dan kebajikan
yang diterima oleh golongan bawahan. Hidup ini bulat umpama roda,
sekejap di atas, sekejap di bawah..Berkirkanlah wahai umat manusia..