January 8th, 2007 by amien7
Salam.
Bertemu kembali dalam entri kali ini. Cuba kalian semua baca tajuk
diatas. Tentu bunyinya seakan-akan aku telah melakukan sesuatu yg
membuatkan aku puas kan? Kalau anda semua berfikir begitu, jawapannya
memang tepat sekali.
Jadi pada ruangan kali ini aku nak menceritakan tentang minat aku
terhadap suatu perkara yg menyebabkan aku berkuasa. Ya tuan puan, aku
sekarang memang berkuasa untuk menukarkan mereka-mereka yg aku suka ke
dalam bentuk yg pelbagai rupa.
Aku bukanlah ahli silap mata, jauh sekali David Blaine yg memang
setan kerana boleh terbang-terbang. Tetapi kebolehanku ialah mengubah
mereka-mereka yg aku suka dengan menggunakan perisian Adobe
Photoshop..Atau dalam kata-kata yg manis, superimpose.
Kebolehan ini bukanlah aku belajar secara formal, tetapi adalah
secara suka-suka sahaja semasa zaman aku belajar di UiTM dahulu. Kini,
skill2 ini aku aplikasikan waktu aku menghadapi tekanan kerana dengan
cara meng’superimpose’ muka sahabat-sahabatku akan membuatkan aku
ketawa dan seterusnya menghilangkan stress di kepala. memang seronok!
Kalau dahulu, skill ini aku pelajari bersama rakan-rakan. Tetapi
kini hanya tinggal kenangan. Dahulu, aku dan rakan-rakan berperang
superimpose yg mana aku dan rakan-rakan meng’superimpose’ wajah-wajah
rakan yg lain untuk mendapat keseronokkan. Bayangkanlah wajah Helle
Berry dalam cerita James Bond ditukar wajah kepada muka seorang rakan
yg berkulit gelap. Sungguh kelakar. Jadi tradisi ini aku teruskan di
pejabat. Semoga kalian semua tidak marah akan perlakuan sumbangku ini.
Jadi, di sini aku letakkan beberapa gambar atau karya yg telah aku buat. Silalah melawati laman ini:
http://amien7.blogs.friendster.com/photos/weirdo_gallery/index.html
Sekian, berjumpa lagi!
Posted in Uncategorized | No Comments »
October 5th, 2006 by amien7
Salam.
Bertemu kembali. dah lama aku tak menaip menceritakan pasal diri aku
dalam blog ni. asyik copy artikel-artikel tanpa meluahkan sebarang
perasaan pun tak berapa best jadinya. semalam - 3/10/06, aku balik keje
ngan begitu pantas mengalahkan pelari seratus meter semata-mata
berkejar ke UiTM Puncak Perdana untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan
seperjuanganku masa aku study dulu. kira macam reunion la.
al kisahnya, bila dah ramai-ramai dok bercerita tentang diri
masing-masing, tetiba aku feel la plak. teringat zaman susah aku
menyambut bulan ramadhan semasa belajar dulu especially masa aku
belajar kat UiTM Machang, Kelantan dulu. Memang sedih siot. dah la jauh
dari family pastu takde sedara mara plak. bila time bukak puasa, rasa
cam nak menangis je terkenangkan mak ayah..sedih siot..
satu cerita yang sering bermain di fikiran aku time bulan ramadhan
ni ialah saat getir aku berpuasa dalam panas terik sambil menunggang
motorsikal selama 8 jam untuk pulang ke kampung aku kat Kuantan. memang
sukar nak gambarkan betapa letih dan dahaganya aku berjuang untuk
berpuasa dalam kepanasan. yang lawaknya, member konvoi aku yang lain
awal2 lagi dah pack makanan dalam beg. bila sampai kat terengganu,
diaorang ajak aku singgah kat tepi pantai makan biskut n minum
air..bila aku tanya, sumer jawab: MUSAFIR…mangkuk betul! hari tu aku
sorang je yang puasa..
tapi tu cerita lama. semakin dewasa, aku semakin mengerti tentang
kehidupan. susah senang yang dialami memang menjadi asam garam
kehidupan. ramadhan: seribu satu kenangan…
Posted in WoRD LiFe... | No Comments »
October 3rd, 2006 by amien7
Sering kali kita disogokkan dengan cerita-cerita tentang golongan
atasan yang sering kali mendabik dada dengan kejayaan yang ditempa.
Kadang kala hingga terlupa akan kelas bawahan yang mendukung dan
melaksanakan perkara-perkara yang membawa kepada kejayaan mereka.
Sektor pekerjaan tidak terlepas dengan persoalan yang hampir serupa.
Malah kadang-kala lebih buruk lagi.
Golongan bawahan sering dijadikan mangsa untuk memenuhi segala
tuntutan kerja yang dikehendaki tanpa mengira langsung soal kemanusiaan
seperti aspek kebajikan para pekerja. Yang penting mereka berjaya
mencapai matlamat mereka. Pengaruh “kuku besi” ini adalah antara
penyebab golongan atasan dibenci dan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi
mereka yang berada di bawah. Persoalannya, adakah golongan atasan
pernah memandang ke bawah untuk melihat nasib insan-insan yang
‘ditindas’ oleh kehendak mereka?
Sukar untuk menjawab persoalan tersebut. Dalam dunia kebendaan
sekarang ini, segala-galanya hendak hebat dan sempurna dari segala
aspek. Kelayakan akademik personaliti, kepantasan dan kecekapan,
kuantiti + kualiti dan bermacam-macam lagi. Itulah kehendak golongan
atasan yang kadang kala tidak setimpal dengan skop kerja dan kebajikan
yang diterima oleh golongan bawahan. Hidup ini bulat umpama roda,
sekejap di atas, sekejap di bawah..Berkirkanlah wahai umat manusia..
Posted in WoRD LiFe... | No Comments »
September 26th, 2006 by amien7

FILEM: Little Man
PENGARAH: Keenan Ivory Wayans
PELAKON: Marlon Wayans (Calvin), Linden Porco (Badan
Calvin), Gabriel Pimental (Calvin (Body), Shawn Wayans (Darryl), Tracy
Morgan (Percy), Kerry Washington (Vanessa) dll.
GENRE: Aksi komedi
Marlon Wayans membawa watak orang kerdil Calvin Sims yang kerjanya
mencuri barang kemas. Dia berpura-pura menjadi bayi kecil yang
kelihatan memang mengarut. Ceritanya bermula apabila Calvin terjebak
dalam penyamaran itu selepas merompak sebuah kedai barangan kemas
bersama rakan (rapper wannabe) Percy P. Mereka baru saja berjaya
mencuri berlian bernilai RM360,000 (AS$100,000). Semua itu atas arahan
ketua penjahat besar di Chicago, Chazz Palminteri. Akibat dikejar
polis, dan mahu melepaskan diri Calvin sempat menyorokkan berlian curi
itu ke dalam beg tangan seorang eksekutif muda meningkat naik Vanessa
Edwards (Kerry Washington).
Vanessa dan suami, Darryl (Shawn Wayans), baru saja berbincang
mengenai rancangan untuk mempunyai anak. Percy mendapat idea untuk
membuat penyamaran. Idea itu ialah Calvin menyamar menjadi bayi dan
ditinggalkan di hadapan rumah pasangan Vanessa untuk mengambil semula
berlian itu.
Apa yang membuatkan filem ini manarik untuk ditontoni ialah
aksi-aksi bayi tersebut yang memang jauh menyimpang dengan perilaku
seorang bayi normal. Peralihan Calvin dari seorang samseng menjadi bayi
itu memang melucukan. Walaupun tidak berapa logik jika difikir oleh
akal yang waras sebagai contoh bagaimana boleh semua orang dewasa dalam
filem ini tidak perasan atau endah dengan betapa peliknya sifat dan
kelakuan Calvin. Cuba bayangkan, mana ada bayi yang giginya penuh,
malah doktor yang memeriksa pun boleh tidak perasan keganjilan itu.
Walaubagaimanapun, filem ini memang seronok untuk ditontoni.
Posted in WoRD LiFe... | No Comments »
August 27th, 2006 by amien7
Kisahnya bermula semasa aku study utk final semester kat UiTM. Abis semester sumer bebudak course aku mesti buat praktikal training kat library @ kompeni. So, aku mencari-cari tempat yg sesuai utk menimba ilmu tentang librarianship ni..
Pada mulanya aku nk buat praktikal kat Kuantan, tp pastu aku diberitahu oleh Sue (classmate aku) psl PLF. So, kitaorang jadi tag-team la buat praktikal kat sini..
First time dtg, mmg gempak giler la aku tengok environment kat PLF ni. Tempat dia grand semacam jer, maklum la tempat Tun Mahathir. First day kitaorg dtg ada mkn2, so dengan malu2 kucingnye kitaorang belasah la apa yg ada..Hari tu gak kitaorg diperkenalkan ngan staff2 kat PLF ni..
Sekarang, dah masuk 3 bulan lebih dah aku kat PLF ni. 2 bulan jadi practical trainee, dan 1 bulan lebih dah start keje sbg volunteer. Kat PLF ni mmg best la.Sejak kedatangan aku n sue, dh jadi giler dh environment kat sini…Start ngan penubuhan KLFC hingga la kepada aktiviti-aktiviti yg tak berapa senonoh especially time makan bila ada program yg dianjurkan PLF.Mmg havoc giler budak2 ni..Yg paling aku suka ialah saat berebut-rebut utk makan masa Perdana Global Peace Forum n Perdana Discourse Series.Mmg rakus giler sorang2..
Aku cukup happy ngan life aku skrg. Dpt member2 yg giler2 lawak, cool dan yg penting jenis tak kisah bila aku pekena mereka..Walaucamnerpun, ada gak la perkara yg kurang happy skit..tp aku anggap itu lumrah hidup..
Anyway, life must go on dan aku harap hari-hari mendatang akan menjanjikan kehidupan yg lebih baik bagi diriku ini..
wassalam…
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
June 1st, 2006 by amien7
Selamat tinggal….
Satu ayat yg amat sukar untuk digambarkan dengan perasaan bagaimana sedihnya hati aku ni untuk meninggalkan dunia sbg seorang student..
Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi sepanjang hidup aku sebagai pelajar UiTM..
Paling aku sedih, takkan dapat lagi melihat kerenah kawan-kawan sekelas yang bermacam macam ragam…daripada yg senyap cam dayang ngan along hingga yang selalu memekak cam man ngan mat yang sumernya masih berlegar dalam fikiran aku…
sedih rasanya mengenang kembali detik-detik persahabatan yang begitu menarik bagi aku…
walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan…
kepada semua bebudak kelas aku…selamat berjaya hendaknya..
semoga kalian semua mencapai kejayaan dalam hidup..
please, keep contact each other key? peace, one love!
friend4eva…
amien–man–matyang–joe–ayien–sue–syira–biey–ainal–gee–yunie–
along–yam–atul–emma–suzy–enie–nurul–alin–ila–fizah–wani–andak–
ida–irun–dayang
Posted in Uncategorized | 4 Comments »
November 30th, 2005 by amien7
A’kum. Cuti! Satu perkataan yang enak didengar dikalangan pelajar2 U.Mane taknye, semester ni memang pack giler n sampai kene korban byk bende semata-mata nak fokus pada study. Bagi aku, ni satu peluang untuk menghilangkan tekanan yg betimbun-timbun dalam kepala. Semester ni aku study giler2 sbb final exam tul2 pas raye. Mane tak giler, tengah2 best lepak2 pegi raye umah member2 kene pulak standby utk final. Camner pun, alhamdulillah sebab semuanya dah berlalu. Aku nak ucapkan selamat berjaya utk diriku sendiri n semua rakan2 seperjuangan aku dlm fakulti IS. Dalam pada sibuk2 study, aku n geng dikecohkan ngan berita pengusiran kami bebudak IS dari mendapat kolej sem depan. Aku pun rase tak sedap coz kebanyakan bebudak course aku tak dpt kolej, walhal kiteorng la batch pertama yg duduk kat kolej Puncak Perdana dulu.. Aku kecik ati dengar berita ni.. Nak gak aku ajak member2 buat bantahan, tapi nak wat camner…redha je la.. Anyway aku harap semua member2 aku yg terpaksa keluar dari kolej agar bersabar je coz ade hikmah la sebalik perkara tu.. Duk umah sewa pun ok per..Tapi yg sedihnya takde lagi la aktiviti2 berinternet pasni..Sabar je la….
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
September 21st, 2005 by amien7
Become a ‘playerz’? istilah ‘playerz’ sering digunakan oleh member2 aku..’playerz’ ni bermaksud playboy ataupun mamat yg suka main kayu tiga..hahhahaha..sbnrnye aku pun dah terjebak dalam situasi ni..tapi aku bukan ‘playerz’..daripade sources yg aku dapat, aku sbnrnye telah difitnah oleh beberape pihak yg menyatakan bahawa aku ni seorg ‘playerz’..aku pun tak tau la kat mane salah silap aku sampai ade pihak yg sanggup menyebarkan fitnah tu..yg aku tak tahan sekali, aku kesian kat mereka yang difitnah sebagai mangsa ke’playerz’ran aku..so aku nak amik kesempatan ni nak nasihatkan pada sesiape yg terlibat…jgn la pepandai fitnah org tanpa asas yang kukuh..tak elok camtu..ingat lah, dunia ni ibarat bola..ari ni aku yg kene, esok2 korang pulak..
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
September 15th, 2005 by amien7
14 September 2005 - Tarikh bersejarah buat aku dan semua bebudak kelas aku (IS223 3A)…hari ini aku anggap bersejarah kerana sepanjang hidup aku sebagai student, ni lah pertama kali aku buat project assignment dengan sumer bebudak kelas. Kalau ikutkan sebelum ni, aku biase wat group project seramai 3-5 org je…tapi kali ni group project aku berjumlah seramai 23 orang..kate org, semakin ramai yang menyertai, semakin byk problem yang dihadapi..memang tu pun yang menjadi kenyataan, tetapi ngan berkat usaha dan toleransi yang ditunjukkan, alhamdulillah projek ni berjaya gak dilaksanakan…jadi dikesempatan ini aku nak ucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan aku yang menjayakan projek ini..memang meriah program galakan membaca yang dianjurkan hari tu…aku gak nak mintak maaf kat sesape yang terasa hati mase aku bentang slot multimedia hari tu…
Posted in Uncategorized | No Comments »